Kalkulator Untung, Margin dan Markup

Ramai peniaga baru tersilap letak harga kerana keliru antara margin dan markup. Guna kalkulator di bawah untuk kira untung anda dengan tepat.

1. Kira Untung dan Margin

RM5.00Untung seunit
33.3%Margin
50.0%Markup

2. Cari Harga Jual Ikut Margin Yang Anda Mahu

RM16.67Harga jual
RM6.67Untung seunit
66.7%Markup setara

Beza Margin dan Markup

FormulaContoh (kos RM10, jual RM15)
UntungHarga jual - KosRM5
MarginUntung / Harga jual x 10033.3%
MarkupUntung / Kos x 10050%

Markup 50% bukan margin 50%. Jika anda mahukan margin 50% untuk barang berkos RM10, harga jualnya mestilah RM20, bukan RM15.

Nak tahu cara menetapkan harga yang betul, termasuk kos tersembunyi? Baca cara kira harga jualan produk.

Harga dah set? Pastikan quotation & invoice nampak rasmiBuat Cop Syarikat, RM4.99
Siap dalam 2 minit. SSM Starter Kit (cop + letterhead) RM9.90.

Soalan Lazim

Margin berapa yang bagus?

Ia berbeza mengikut industri. Barang runcit biasanya bermargin rendah, manakala servis, makanan buatan sendiri dan produk digital boleh bermargin lebih tinggi. Bandingkan dengan pesaing dan pastikan semua kos diambil kira.

Kenapa margin tak boleh 100%?

Margin dikira berdasarkan harga jual. Margin 100% bermakna kos anda sifar. Markup pula boleh melebihi 100%.

Kalkulator ini simpan data saya?

Tidak. Semua pengiraan dibuat dalam pelayar anda dan tidak dihantar ke mana-mana.

Tools percuma & murah untuk SME Buat Cop Syarikat

Panduan Berkaitan

Kewangan Cara Semak CCRIS & Credit Score di Malaysia Kewangan Cara Terima Bayaran Antarabangsa di Malaysia Kewangan Cara Kira Harga Jualan Produk Operasi Bisnes Barang Wajib Untuk Bisnes Baru Lepas Daftar SSM

Lihat semua panduan bisnes →