Contoh Surat Berhenti Kerja yang Sopan dan Profesional

Nak berhenti kerja? Surat perletakan jawatan yang sopan menjaga hubungan baik dengan majikan, dan ini penting untuk rujukan kerja anda pada masa depan. Di bawah ada contoh lengkap, penerangan tempoh notis, dan template Word percuma.

Contoh Surat Berhenti Kerja

[Nama Penuh Anda]
[Alamat Rumah]
[No. Telefon]

Tarikh: [1 November 2026]

[Nama Pengurus / Ketua Jabatan]
[Jawatan]
[Nama Syarikat]
[Alamat Syarikat]

Tuan/Puan,

PERKARA: NOTIS PERLETAKAN JAWATAN

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

  1. Saya, [Nama Penuh] (No. Pekerja: [xxxx]), [Jawatan] di bahagian [Jabatan], ingin memaklumkan perletakan jawatan saya dari [Nama Syarikat].
  2. Selaras dengan tempoh notis [contohnya satu (1) bulan] seperti dalam kontrak pekerjaan saya, hari terakhir saya bekerja ialah pada [tarikh].
  3. Saya akan memastikan semua tugasan diserahkan dengan teratur dan bersedia membantu proses serahan tugas sepanjang tempoh notis.
  4. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas peluang, bimbingan dan pengalaman sepanjang saya berkhidmat di sini.

Sekian, terima kasih.


Yang benar,
 
 
[Tandatangan]
[NAMA PENUH]
[Jawatan]

Berapa Lama Tempoh Notis?

Ikut kontrak pekerjaan anda dahulu. Kebanyakan kontrak menyatakan tempoh notis, contohnya satu bulan.

Jika kontrak tidak menyatakan tempoh notis dan anda dilindungi Akta Kerja 1955, tempoh notis minimum biasanya bergantung pada tempoh perkhidmatan:

Tempoh berkhidmatNotis minimum
Kurang 2 tahun4 minggu
2 hingga 5 tahun6 minggu
Lebih 5 tahun8 minggu

Ini panduan umum, bukan nasihat undang-undang. Semak kontrak anda atau rujuk Jabatan Tenaga Kerja untuk kes tertentu.

Boleh Ke Berhenti Kerja Notis 24 Jam?

"Surat berhenti kerja 24 jam" antara carian paling popular. Secara umum, jika anda berhenti tanpa memberi tempoh notis penuh, anda mungkin perlu membayar gaji sebagai ganti notis (salary in lieu of notice) mengikut kontrak, kecuali majikan bersetuju mengecualikannya. Bincang dengan majikan atau bahagian HR dahulu.

Tips Berhenti Kerja Dengan Baik

Berhenti kerja untuk buka bisnes sendiri? Baca checklist barang wajib bisnes baru dan cara daftar enterprise SSM online.

Soalan Lazim

Perlu bagi sebab berhenti kerja dalam surat?

Tidak wajib. Anda boleh menyatakan sebab secara ringkas jika mahu, tetapi surat yang ringkas dan positif sudah memadai.

Boleh hantar surat berhenti kerja melalui emel?

Biasanya boleh, kecuali kontrak menetapkan cara lain. Lampirkan surat dalam PDF dan minta pengesahan penerimaan.

Cuti tahunan yang berbaki boleh digunakan untuk tempoh notis?

Ia bergantung pada kontrak dan persetujuan majikan. Bincang dengan HR sama ada baki cuti boleh digunakan atau dibayar.

Tools percuma & murah untuk SME Buat Letterhead Syarikat

Panduan Berkaitan

Surat & Dokumen Cara Buat Invoice Yang Betul Surat & Dokumen Contoh Quotation / Sebut Harga Surat & Dokumen Contoh Surat Rasmi & Format Surat & Dokumen Contoh Surat Sokongan

Lihat semua panduan bisnes →