Contoh Quotation (Sebut Harga) dan Format Yang Betul
Quotation atau sebut harga ialah dokumen pertama yang pelanggan lihat sebelum membuat keputusan. Quotation yang kemas dan jelas meningkatkan peluang untuk diluluskan, terutamanya oleh syarikat yang perlu kelulusan bahagian kewangan.
Maklumat Wajib Dalam Quotation
- Maklumat syarikat anda: nama, nombor SSM, alamat, telefon dan emel. Paling kemas dalam bentuk letterhead.
- Nombor quotation dan tarikh, supaya mudah dirujuk dalam PO dan invois.
- Tempoh sah, contohnya 30 hari. Ini melindungi anda jika harga bahan naik.
- Maklumat pelanggan dan nama pegawai yang berurusan (U/P).
- Senarai item: penerangan, kuantiti, harga seunit dan jumlah.
- Jumlah keseluruhan (nyatakan jika termasuk atau tidak termasuk cukai).
- Terma bayaran dan penghantaran: deposit, baki, tempoh siap.
- Tandatangan dan cop syarikat.
Contoh Quotation
[No. Pendaftaran SSM]
[Alamat Syarikat]
[No. Telefon] | [Emel]
No.: [Q-2026-0012]
Tarikh: [1 November 2026]
Sah sehingga: [30 hari dari tarikh]
[Nama Pelanggan / Syarikat]
[Alamat Pelanggan]
U/P: [Nama Pegawai]
| Bil. | Perkara | Kuantiti | Harga Seunit (RM) | Jumlah (RM) |
|---|---|---|---|---|
| 1 | [Penerangan barang / servis] | [1] | [0.00] | [0.00] |
| 2 | [Penerangan barang / servis] | [1] | [0.00] | [0.00] |
| 3 | [Penerangan barang / servis] | [1] | [0.00] | [0.00] |
| JUMLAH KESELURUHAN | RM [0.00] |
Terma & Syarat:
- Harga sah selama [30] hari dari tarikh sebut harga ini.
- Bayaran: [contohnya 50% deposit, baki sebelum penghantaran].
- Tempoh penghantaran / siap: [contohnya 7 hari bekerja selepas pengesahan].
- Bayaran ke: [Nama Bank], [No. Akaun], atas nama [Nama Syarikat].
[Tandatangan & Cop Syarikat]
[NAMA PENUH]
[Jawatan]
Kenapa Client Minta Quotation Bercop?
Bahagian kewangan dan pembelian di kebanyakan syarikat memerlukan dokumen yang boleh disahkan sebelum mengeluarkan Purchase Order (PO). Quotation tanpa letterhead dan cop sering dipulangkan atau ditangguhkan.
Soalan Lazim
Apa beza quotation dan invoice?
Quotation ialah tawaran harga sebelum pelanggan bersetuju membeli. Invoice dikeluarkan selepas jualan untuk meminta bayaran. Lihat juga cara buat invoice yang betul.
Berapa lama quotation patut sah?
Kebanyakan bisnes menetapkan 14 hingga 30 hari. Untuk barang yang harganya kerap berubah, gunakan tempoh lebih pendek.
Perlu cop syarikat pada quotation?
Ia tidak diwajibkan oleh undang-undang, tetapi banyak syarikat, terutamanya agensi dan syarikat besar, mengharapkan quotation ditandatangan dan dicop.