Contoh Surat Pengesahan Majikan (Jawatan dan Gaji)

Surat pengesahan majikan (employment confirmation letter) mengesahkan bahawa seseorang bekerja di syarikat anda, jawatannya dan gajinya. Pekerja biasanya memerlukannya untuk pinjaman bank, sewa rumah, permohonan visa atau kad kredit.

Maklumat Yang Perlu Ada

Contoh Surat Pengesahan Majikan

[NAMA SYARIKAT]
[No. Pendaftaran SSM]
[Alamat Syarikat]
[No. Telefon] | [Emel]

Rujukan: [HR/2026/015]
Tarikh: [1 November 2026]

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan

Tuan/Puan,

PERKARA: PENGESAHAN JAWATAN DAN PENDAPATAN [NAMA PEKERJA]

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

  1. Dengan ini disahkan bahawa [Nama Pekerja] (No. K/P: [xxxxxx-xx-xxxx]) adalah pekerja [tetap / kontrak] di [Nama Syarikat] sejak [tarikh mula bekerja].
  2. Jawatan semasa beliau ialah [Jawatan] di bahagian [Jabatan], dengan gaji pokok bulanan sebanyak RM[jumlah] ([jumlah dalam perkataan]).
  3. Surat ini dikeluarkan atas permintaan pekerja tersebut bagi tujuan [contohnya permohonan pinjaman perumahan / sewa rumah / visa].

Sebarang pengesahan lanjut boleh dibuat dengan menghubungi pihak kami di [No. Telefon / Emel].

Sekian, terima kasih.


Yang benar,
 
 
[Tandatangan & Cop Syarikat]
[NAMA PENUH]
[Jawatan, contohnya Pengurus Sumber Manusia]
[Nama Syarikat]
Untuk majikan: Pastikan maklumat gaji tepat dan sepadan dengan slip gaji serta rekod KWSP. Bank dan pemberi pinjaman biasanya menyemak maklumat ini.

Kenapa Bank Minta Surat Ini Dicop?

Bank dan tuan rumah mahu memastikan surat itu benar-benar dikeluarkan oleh syarikat. Surat pada letterhead rasmi, ditandatangan oleh pegawai bertanggungjawab dan dicop, lebih mudah diterima.

Syarikat anda belum ada cop dan letterhead?Buat Cop + Letterhead, RM9.90
Siap dalam 2 minit. SSM Starter Kit (cop + letterhead) RM9.90.

Soalan Lazim

Siapa yang boleh tandatangan surat pengesahan majikan?

Biasanya pengurus sumber manusia, pengarah atau pemilik syarikat, iaitu seseorang yang mempunyai kuasa dan akses kepada rekod pekerja.

Perlu nyatakan gaji kasar atau bersih?

Ikut permintaan pihak yang meminta surat. Kebanyakan bank meminta gaji pokok dan elaun tetap. Jika ragu, nyatakan gaji pokok dan senaraikan elaun secara berasingan.

Surat ini sah berapa lama?

Tiada tempoh tetap, tetapi bank biasanya mahukan surat yang dikeluarkan dalam tempoh beberapa bulan terkini.

Tools percuma & murah untuk SME Buat Letterhead Syarikat

Panduan Berkaitan

Surat & Dokumen Cara Buat Invoice Yang Betul Surat & Dokumen Contoh Quotation / Sebut Harga Surat & Dokumen Contoh Surat Rasmi & Format Surat & Dokumen Contoh Surat Sokongan

Lihat semua panduan bisnes →