Cop Rasmi Syarikat: Format yang Betul & Cara Buat Online
Taip nama syarikat dan No. SSM, lihat cop rasmi anda di sebelah, dan muat turun versi HD untuk RM4.99. Siap serta-merta, tanpa ke kedai cop.
Apa Itu Cop Rasmi Syarikat?
Cop rasmi syarikat ialah cop yang memaparkan nama berdaftar dan nombor pendaftaran SSM perniagaan anda. Ia diletakkan pada dokumen sebagai tanda dokumen itu dikeluarkan atau disahkan oleh syarikat, biasanya bersama tandatangan pegawai yang diberi kuasa.
SSM tidak mewajibkan cop, tetapi dalam urusan harian di Malaysia ia sering diminta oleh bank, agensi kerajaan, client korporat dan bahagian kewangan yang memproses invoice anda.
Format Cop Rasmi Syarikat
Cop rasmi yang biasa diterima mengandungi:
- Nama syarikat penuh, sama seperti dalam sijil SSM (termasuk "Sdn. Bhd.", "Enterprise", "PLT" atau "Trading")
- Nombor pendaftaran SSM: nombor 12 digit baru, contohnya 202401234567, dan nombor lama seperti (123456-A) jika mahu. Lihat maksud nombor 12 digit.
- Alamat perniagaan (pilihan), biasanya untuk cop segi empat
- Telefon dan emel (pilihan), untuk cop maklumat penuh
Warna biru paling biasa kerana mudah dibezakan daripada fotokopi hitam putih. Merah dan hitam juga diterima.
3 Jenis Cop Rasmi



Lebih banyak design: 12 contoh cop syarikat.
Bila Cop Rasmi Syarikat Digunakan
| Dokumen | Kenapa perlu cop |
|---|---|
| Invoice dan resit | Bahagian kewangan client lebih mudah meluluskan bayaran |
| Quotation dan purchase order | Menunjukkan harga ditawarkan secara rasmi oleh syarikat. Lihat contoh quotation. |
| Surat rasmi dan surat sokongan | Mengesahkan surat dikeluarkan oleh syarikat. Lihat contoh surat rasmi. |
| Surat pengesahan majikan | Bank dan tuan rumah biasanya minta surat bercop |
| Borang bank dan permohonan geran | Sebahagian borang meminta cop di sebelah tandatangan |
Cop Rasmi Digital atau Fizikal?
Untuk dokumen yang dihantar melalui emel atau WhatsApp (PDF, Word, Canva), cop rasmi digital lebih cepat: letak fail PNG telus di tempat tandatangan dan terus hantar. Untuk dokumen kertas yang perlu cop basah, gunakan cop fizikal. Fail SVG yang anda muat turun boleh diberikan kepada kedai cop supaya cop fizikal anda sama dengan versi digital.
Perlukan cop basah juga?
Pautan affiliate: kami mungkin menerima komisen kecil daripada Shopee tanpa kos tambahan kepada anda. Harga berubah, semak harga terkini di Shopee.
Soalan Lazim
Adakah cop rasmi syarikat wajib?
Tidak diwajibkan oleh SSM. Namun banyak pihak seperti bank, agensi kerajaan dan client korporat meminta dokumen yang bercop, jadi kebanyakan perniagaan memilikinya.
Apa beza cop rasmi dan cop biasa?
Tiada definisi undang-undang yang berbeza. "Cop rasmi" biasanya merujuk kepada cop yang memaparkan nama berdaftar dan nombor SSM syarikat, berbanding cop "PAID" atau cop tarikh.
Enterprise boleh ada cop rasmi?
Boleh. Gunakan nama perniagaan seperti dalam sijil pendaftaran SSM dan nombor pendaftaran perniagaan anda.
Cop rasmi digital sah digunakan?
Cop digital diterima secara meluas untuk dokumen elektronik seperti invoice PDF dan quotation. Jika penerima meminta cop basah pada kertas asal, gunakan cop fizikal.
Berapa harga buat cop rasmi di CopOnline?
RM4.99 untuk cop HD (PNG dan SVG) tanpa watermark, atau RM9.90 untuk cop bersama letterhead syarikat. Preview adalah percuma.